Khamis, 16 November 2023

GOTONG-ROYONG JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Selaras dengan Audit Dalaman EKSA Bil 1/2023 yang akan diadakan pada 20-22 November 2023, satu sesi gotong-royong telah diadakan pada 16-17 November 2023. Sesi gotong-royong ini merangkumi pengemaskinian tempat kerja masing-masing serta stor teknikal Jabatan Teknologi Maklumat. Gotong-royong ini telah dihadiri oleh semua anggota Jabatan Teknologi Maklumat  dan diketuai oleh Ketua Zon Snake Plant.












Rabu, 1 November 2023

SUDUT HIJAU ZON EKSA

Amalan Hijau adalah satu bentuk kempen kesedaran kepada setiap orang yang bertujuan untuk memelihara dan melindungi bumi daripada bahaya "Global Warning" atau Pemanasan Rumah Hijau yang semakin hari semakin membimbangkan kesan daripada perbuatan dan tindakan manusia yang tidak terkawal. Selaras dengan itu, satu sudut Zon Hijau EKSA telah diwujudkan di Zon Snake Plant pada 1 November 2023. Sudut ini telah diwujudkan oleh Ketua Zon dan dibantu oleh anggota kerja Zon Snake Plant.  Pelaksanaan sudut ini adalah selaras dengan misi MBMB iaitu Bandaraya Bersejarah Lestari dan Pintar. Sudut ini juga merangkumi infomarsi-informasi seperti :

  • Tong kitar semula (3R);
  • Mesej kesedaran hijau/penjimatan tenaga/sumber;
  • Penanaman pokok-pokok bagi tujuan udara yang segar di dalam pejabat.












Sabtu, 21 Oktober 2023

PROGRAM 'ANDA KITAR, KAMI BAYAR' (AKKB)

Satu program Program 'Anda Kitar, Kami Bayar' (AKKB) telah diadakan pada 21 Oktober 2023 (Sabtu) bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari . Zon Snake Plant telah berjaya menjual barangan terpakai di dalam pejabat. Program ini bagus diadakan kerana dapat membantu mengurangkan barangan yang tidak diperlukan di kawasan zon EKSA masing-masing.








Khamis, 19 Oktober 2023

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA MBMB BIL. 4/2023

Satu aktiviti gotong-royong Perdana EKSA MBMB Bil.4/2023 Sempena Program 'Anda Kitar, Kami Bayar' (AKKB) telah diadakan pada 19 Oktober 2023 (Khamis) bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Aktiviti ini dilaksanakan bagi tujuan pengumpulan barangan 3R dan mengekalkan persekitaran yang bersih serta kondusif di sekitar Zon Snake Plant.












Rabu, 18 Oktober 2023

BENGKEL PEMBANGUNAN BLOG ZON EKSA MBMB

Bengkel Pembangunan Blog EKSA telah dihadiri oleh Ketua Zon Puan Suryati binti Abd.Rasap (mewakil dari AJK Promosi) EKSA MBMB pada 18 Oktober 2023 bertempat di Anjung Makmur, MBMB. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Promosi EKSA MBMB sebagai salah satu langkah untuk memperkenalkan EKSA kepada semua anggota.








Jumaat, 22 September 2023

MESYUARAT EKSA BIL. 3/2023

Zon Snake Plant , Jabatan Teknologi Maklumat telah dijalankan pada 22 September 2023 di Bilik Mesyuarat, JTM . Mesyuarat ini dijalankan bagi membincangkan sesi gotong-royong jabatan dan pengemaskinian stor jabatan yang akan diadakan pada 16 hingga 17 November 2023.  Perbincangan ini dihadiri oleh semua anggota kerja JTM dan dipengerusikan oleh Ketua Zon Snake Plant.