Satu Program Audit Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kendiri oleh Agensi Induk (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bakal diadakan pada 14 hingga 17 Mei 2024. Selaras dengan itu, satu sesi gotong-royong telah diadakan pada 10 Mei 2024 (Jumaat). Sesi gotong-royong ini merangkumi pengemaskinian tempat kerja masing-masing serta stor teknikal Jabatan Teknologi Maklumat. Gotong-royong ini telah dihadiri oleh semua anggota Jabatan Teknologi Maklumat dan diketuai oleh Ketua Zon Snake Plant.